Monday, October 31, 2011

sarangHae alep !

sarangHae dear :)

bila boleh jumpa ea? anis rindu alep laa. :( dah lama kita tak jumpa kan?

10 PETANDA DIA JODOH KITA :)

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Sunday, October 23, 2011

QUOTE awesome ! :)

Don't find love, let love find you. That's why it's called falling in love, because you don't force yourself to fall, you just fall.

Friday, October 14, 2011

new place.new friends.and of course new life ! :)

 nie gambar aku dengan zue and syira. :) dyeorang lah banyak membantu aku dari segala aspek. especially, STUDY! thanks tau korang. LOVE YOU ! :)

 kami the geng ! haha. group S.A.S.A. all we do together. makan pun mesti same2. haha. in the group leader btw. hehe. miss you all ! :)

 girls paling KEPOH dalam class. tak kira tempat.masa ataupun bila. always LAUGHING besar besar. haha.

 we are a big family ! :) classmate yang SPORTING!

 first time keluar bukak puase dengan all classmate. :) yang paling sayang dyeorang, boys drive the cars ! its AWESOME! thanks a lot guys. <3

time MDS ! with kawan2 from uitm tapah. miss them soo much. :( bila la boleh jumpa korang lagi kan?

Tuesday, October 11, 2011

saya sayang bestfriend saya ! (:

this is our picture! :)

her name is HUSNA NADHIRAH MOHD KAMAL. she is my bestfriend. kami satu sekolah. :) saya kenal die bila kami satu dorm mase kami form2. (kesidang). after that, tyme kami form3 kami still lagi duduk satu dorm (jasmine) tp bila kami dah naik form4, kami terpaksa separate sebab kami tak sama dorm. sejak dari tu kami dah tak rapat sangat. hm, nak dijadikan cerita, tyme kami form5 kami duduk satu dorm.(lily) so, di situ lah bermulanya kami start rapat gila2. saya jd beddie die and naqey. banyak gila rintangan dan halangan yg terpaksa saya tempuh apabila ramai org kutuk saya sebab saya mula rapat sangat dgn die. saya sering dilanda masalah apabila saya berkawan dengan someone. dulu tyme saya rapat dengan naqey tyme form2, orang selalu kutuk saya yang saya nie dikatakan lesbian dengan naqey. memang tak patut kan? mungkin orang2 di sekeliling sangat jealous bila saya hidup bahagia. saya pun tak tahu kenapa orang suka buat saya macam nie. tapi takpe, dengan kekuatan yang saya ada, saya tempuh kutukan dan cemuhan orang dengan banyak bersabar. saya selalu menjadi umpatan orang. saya kadang2 rase sedih sangat sebab ramai yang tak puas hati dengan saya. maybe saya nie bukan seorang yang pandai. dats why la kot. saya pelik kenapa orang suka sangat buat2 cerita pasal saya. padahal benda tu semua saya langsung tak buat. memang betul, orang lain memang tak boleh tengok saya senang hati! hm,  sampai lah satu masa, saya jadi rapat dengan budak kecik comel nie. die sangat baik dengan saya. saya suka sangat berkawan dengan die. saya respect die sebab kerana dialah saya kuatkan diri tempuh semua rintangan yg saya lalui. saya selalu jadi bahan umpatan geng2 zarzuela. die suka buat cerita pasal saya and suka jaja cerita yang memang saya tak buat kat orang lain.tapi bila dyeorg jumpa saya, dyeorg buat2 baik depan saya. tapi kan, since saya kawan dengan husna, saya makin kuat nak lawan semua rumors tu. saya sayang die sangat2. saya dah anggap die macam adek saya. lagipun, tyme die sakit memang saya nak sangat jage die even ade org ngumpat yang saya saje nak tunjuk baik kat die. padahal saya buat semua tu dengan hati yang ikhlas. saya memang niat nak tolong die. saya kesiankan die. tapi tu lah, mulut orang kita tak boleh nak tutup kan? ramai orang pandang serong kat saya bila dah dengar rumors macam tu. orang lain pulak, bukannya nak siasat dulu, main percaya je ape yang org tu sebarkan. tapi tyme tu saya betul2 byk bersabar. tahu sebab ape? sebab kekuatan saya ada pada HUSNA NADHIRAH MOHD KAMAL. dia lah kawan yang paling terbaik yang penah saya ada. saya respect sangat kat die. sebab kalau die ada dengar cerita pasal saya, die mesti tanya saya dulu samada cerita tu betul or tak. lagi satu, saya sayang die sebab die selalu tolong saya bila saya dalam kesusahan. she always be my crying shoulder. die selalu dengar problems saya. dan family die sangat baik dengan saya. mak and adik die sangat baik dengan saya. saya sangat2 terhutang budi dengan mereka sekeluarga. saya sangat gembira bila saya duduk kat rumah die. rasa macam duduk dekat dalam syurga. :) tapi kan, kadang2, saya rase bersalah dengan family die sebab saya dah byk susahkan mak die and keluarga die. hm, byk memories yg kami share together. tyme bulan puase, tyme hangout same2 and semua lah. thanks tau for all the sweet memories. :) awak dah banyak berkorban untuk saya. hah! lagi satu. tyme die kena buang sekolah sebab pasal bonda and suza yg babi tu, saya sgt2 sedih tgk die and mak die. saya rase down sgt sebab saya selalu jer nampak air mata die and mak die. saya rasa sy nak nanges sekali. :( seriously saya sedih sgt smpai saya lgsg tak dapat tido hampir everynyte. tapi alhamdulillah, die dapat masuk sekolah tu balik. saya rasa, saya lah paling happy tyme tu! saya bersyukur sangat. hm, rasanya saya dah byk membebel nie. haha. rasanya kena stop. nanti byk pulak keluar luahan perasaan nie. hehe.
yang paling penting, saya nak bgtau yang saya sayang sgt2 kat husna nie. dia adalah kawan baik saya. even kami dah tak sama university tapi die still ingat kat saya. die tak penah lupa saya macam kawan2 saya yang dah lupa saya. itulah namanya kawan sejati. hehe. :)  "kawan2 kalau duduk dekat dengan kita, memang die akan ingat kita sebab maybe tyme die ade problem, die akan carik kita, tapi bila kawan2 duduk berjauhan, baru kita tahu kawan kita yg kita rapat selama nie betul2 kawan ataupun tak. sebab bila jauh la akan rasa ape itu maksud kawan." betul tak quote aku nie husna? hehe. again terima kasih sangat husna sebab dah jadi seorang kawan yang terbaik! :) i love you <3

pssssttt: dedicate this song for you. bruno mars:count on me :)

hey, that was my HEART !

mohd aliff bin amran <3

on 30th may 2009, bermula lah kisah kami berdua. kami sayang sangat2 each other. banyak sangat rintangan and halangan yang terpaksa kami tempuh bersama. saya selalu je kena kutuk dengan his friends because my looking and my body. tapi die tahan je. die langsung tak tinggalkan saya. die tahan je dengan cemuhan kawan2 die tu. saya sangat2 bangga dengan die. saya respect die sangat2. so sekarang nie kami dah together dah 2years 4months and 10days. alhamdulillah. :) macam2 awak dah korbankan untuk saya kan? terima kasih awak. saya sangat2 hargai pengorbanan awak tu. :) awak tau tak kenapa saya sayang and cinta awak sangat2? sebab awak baik, jujur, ikhlas, and yang paling penting awak terima saya seadaanya. :) i love when you used your romantic quote. haha. its all AWESOME! again sayang, thanks a lot for your LOVE and your HEART that you lend for me. I LOVE YOU MORE, MORE, MORE AND MORE <3 !

psssst: anis suryani CINTA mohd aliff amran tau ! hee (:


thank you for all the memories ! :)

Monday, October 10, 2011

baru je nak start blogger ! :)

today is my new days in here. hope everything getting well. haha. sebelum nie tak penah ade dairi nak tulis. tak reti. tapi tak tau nape rase nak buat blog pulak. kira okay lah tu ade. actually, first time rase happy sangat sebab dapat settle kan probs my bestfriend. miss her soo much ! :) okayla, dah tak tau nak cakap ape lagi da. see you next time okay? bye.